Pesta Dapur sempena Hari Wanita Sedunia 2017

Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia (8 Mac 2017), Markas KD mempersembahkan sebuah program Pesta Dapur pada 11 Mac 2017 ini.

Mengapa Pesta Dapur?
Fazleena Hishamuddin mengatakan:

Tema ‘meraikan dapur’ saya meletakkan peranan dapur lebih dari sekadar aktiviti memasak dan menyediakan makanan.

Magis dapur memberi pengalaman yang tersendiri buat saya. Saya yakin wanita di luar sana juga begitu. Saya bukan sekadar menyalin dan meniru resepi dari Emak, yang saya gunakan untuk sepanjang hidup saya. Malah ia lebih dari itu.

Di dapur saya belajar bertoleransi, mengawal emosi, mencipta ruang privasi, berkomunikasi, menyalurkan kasih sayang, mengadakan rundingan, berimaginasi & bereksperimentasi. Malah dapur juga menjadi saksi terhadap banyak keputusan-keputusan besar yang saya buat dalam menjalani hidup saya.

Saya berdebat dengan Emak nak sambung jurusan psikologi, saya berunding dengan keluarga nak cuba berkerja dalam bidang advertising (walaupun saya tak ada asas & tak tahu satu apa pun), saya berkonfrantasi nak jadi freelancer dan melepaskan kerja tetap, saya umumkan ada seseorang yang akan masuk merisik (Eceh). Semuanya ketika sedang menumis, memotong daging, merebus, menggoreng juga membasuh pinggan. Dinding dapur menjadi mata yang menyaksikan semua itu.

Sejauhmanapun saya terbang, saya akan tetap kembali ke dapur. Ia menjadi ruang terapi dan meditasi diri.

Mari raikan acara ini dengan kesedaran setiap wanita mempunya peranan yang besar kepada masyarakat.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan masuk PERCUMA.

Maklumat lanjut:

Instagram : MarkasKD
Facebook : markas kota damansara

About Laila Nufa 18 Articles
Seorang pembaca, penjaga buku, penulis, pengembara malam.