Nisah Haron: Cipta watak wanita yang kukuh

“Dalam penulisan kreatif juga, pengarangnya harus mengubah kaedah daripada menulis kisah wanita yang berhiba-hiba dan tak habis-habis menyalahkan takdir kepada wanita yang bukan setakat tabah, tetapi tidak pernah melihat sebagai takdir itu tertulis di atas batu; wanita yang bertindak untuk mengubah nasibnya. Saidatina Khadijah juga tidak mungkin menjadi seperti dirinya, jika beliau tidak bertindak mengahwini Rasulullah. Pengarang harus mencipta watak yang kukuh dan menjadi suri teladan, bukannya watak wanita-wanita yang lemah dan lemas dalam air mata sendiri!” ~ Nisah Haron – Pengarang, 14 Jun 2012.

Paparan petikan kata ini adalah bersempena Hari Wanita Sedunia 2017 hari ini. Disiarkan dengan izin pengarang, Puan Nisah Haron (dari dinding FB beliau).

Terima kasih Puan Nisah Haron.

About Poeta 17 Articles
Seorang yang suka membaca puisi dan berangan.