Sembang Hak Cipta Karya oleh Nisah Haron

Sejauh mana kita faham tentang undang-undang hak cipta dalam pengkaryaan? Di mana hak penulis dan penerbit? Apa yang penulis perlu tahu tentang karyanya yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta?

Petikan ringkas  artikel oleh Nisah Haron:

“Undang-undang hakcipta wujud sebagai salah satu daripada cabang undang-undang harta intelektual. Secara amnya, undang-undang harta intelektual terdiri daripada:
a) Hakcipta (Copyright)
b) Paten (Patent)
c) Tandaniaga (Trademark)
d) Rekabentuk (Design)

Hakcipta di Malaysia adalah satu rangka undang-undang yang wujud untuk melindungi hak-hak pencipta yang menghasilkan karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi dan siaran.”

______

Isu cetak rompak karya masih berlarutan sehingga kini. Beberapa tahun kebelakangan ini timbul isu ‘salin tampal’ karya, penerbitan karya cetak rompak dan banyak lagi yang menimbulkan kemarahan kepada penulis asal karya.

Isunya, antara kesedaran tinggi penulis dalam melindungi haknya dan juga penguatkuasaan undang-undang. Juga terlihat sama isu penipuan oleh penerbit kepada penulis.

Mari sama-sama mengikuti acara ini yang memberi manfaat kepada semua pengkarya tanah air.
Acara: Sembang Sastera Bersama Dewan Sastera – KARYA KITA HAK SIAPA oleh NISAH HARON
Tempat: Rumah Pena
Tarikh: 11 Mac 2017 (Sabtu)
Masa: 11 pagi
Jumpa di sana!
About Laila Nufa 19 Articles

Seorang pembaca, penjaga buku, penulis, pengembara malam.