10 Kulit Buku Terbaik Malaysia 2016

Sejujurnya, ramai di antara kita yang menghakimi sesebuah buku dari kulit buku, betul? Buku yang kulitnya direka dengan grafik dan tipografi yang menarik boleh membuatkan seseorang pembaca ‘jatuh cinta pandang pertama’ dan secara tidak langsung menarik minat mereka meneliti ‘blurb’ di belakang buku dan menguatkan keinginan untuk membeli buku yang dipegang mereka.

Dari keindahan ilustrasi dan lukisan tangan ke tema yang berkonsepkan minimalis atau yang memprovokasi matahati, TabulaKata menyenaraikan 10 Kulit Buku Terbaik Malaysia (Pilihan TabulaKata) untuk tatapan anda (tidak mengikut turutan tertentu):

1. Garis, Antologi Lukis + Tulis, terbitan FIXI.

 

2. Antologi Kopi Lejen, terbitan Lejen Press.

 

3. Interbiu, terbitan FIXI. Ilustrasi: As Lah

4. Cerpen-cerpen Underground, terbitan Dubook Press.
Ilustrasi: Saharil Hasrin Sanin

5. Rosmoh Perempuan Puaka, terbitan Lejen Press.

 

6. Alamak! II: Whither Integrity?, terbitan SIRD Gerak Budaya.

 

7. Lautan Di Hujung Lorong, terbitan FIXI (Di bawah imprin Fixi Verso).

8. Selamat Datang Ke Malaywood, terbitan ITBM.

 

9. Bunuh, terbitan Lejen Press.

 

10. A Collection of Poems; A Book, A Pen and A Dream of Far, terbitan ITBM.

Dengan ini diharapkan penerbit-penerbit Malaysia lebih berusaha untuk merekacipta kulit buku yang setanding dengan kulit buku antarabangsa. Nantikan senarai kulit buku terbaik Indonesia, juga antarabangsa minggu hadapan.

About Poeta 17 Articles

Seorang yang suka membaca puisi dan berangan.