Keris Mas: Tentang Masyarakat

Memang, mak. Cakap orang dulu, faham orang dulu, fikiran orang dulu semuanya tidak serupa dengan orang sekarang. Dulu ayah mahu Man jadi doktor supaya dapat hidup senang dan terhormat. Tapi sekarang, Man tidak terfikir hendak menjadikan anak Man – kalau ada kelak – menjadi doktor supaya senang. Melainkan, Man hendak menuntut satu masyarakat yang lain dari masyarakat ini supaya orang-orang yang jadi tukang kayu pun tidak perlu menderita dan hina.

~ Cerita Sepanjang Jalan (III), Mastika, Mei 1950 (Dari Kumpulan Cerpen Keris Mas, Patah Tumbuh, Fajar Bakti, 1991)

*Sumber gambar: http://www.ukm.my/kkm/sejarah/keris-mas/

About Laila Nufa 18 Articles
Seorang pembaca, penjaga buku, penulis, pengembara malam.