Senarai perkataan Bahasa Melayu yang dipinjam dari Bahasa Sanskrit

Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh Bahasa Sanskrit melalui para pedagang dari India yang berulang-alik atau singgah di Kepulauan Melayu yang ketika itu menjadi pusat perdagangan pada abad ke-15 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Kebanyakan Batu Bersurat yang ditemui menggunakan bahasa Sanskrit kerana tiada perkataan di dalam Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan dari Bahasa Sanskrit.

Pengaruh utama Bahasa Sanskrit adalah dari segi kosa kata, imbuhan dan sistem bunyi. Berikut disertakan beberapa perkataan asal Bahasa Sanskrit (yang telah dirumikan) yang masih digunakan dalam Bahasa Melayu hingga sekarang:

  1. Bhasika: bahasa
  2. Karpasa: kapas
  3. Karanka: Kepala/rangka
  4. DoSavat: Salah/dosa
  5. Argha: harga
  6. Naraka: neraka
  7. Svargam: syurga
  8. kaziraja: raja
  9. Mantrin: menteri
  10. Mahamantrin: Perdana Menteri
  11. Karya: karya
  12. Daiva: dewa
  13. Rajaputraka: Putera/puteri raja
  14. Agama/dharma: agama
  15. Akasa:  angkasa
  16. Bangsa: vaṃsa
  17. vidyadhari (pari): Bidadari
  18. Bhumi: bumi
  19. Devi: dewi
  20. Duhkha: duka
  21. Durjana: durjana
  22. Arta: Erti
  23. Gaja: gajah
  24. Asthana: istana
  25. Janataari: Jelata
  26. Manuṣya: manusia
  27. Nagara: negara
  28. Nila (biru): nila,nilam
  29. Prakasa: perkasa
  30. Pustaka (buku): pustaka
  31. pṛthivi (dewi ibu bumi): pertiwi
  32. Upavasa: puasa
  33. Purva/poorv (masa dahulu): purba
  34. Rahasya (muslihat): rahsia
  35. Raksasa: rakṣasa
  36. Sabda (perkataan): sabda
  37. Samsara: sengsara
  38. Satru: seteru
  39. Uttara: utara
  40. Varna: warna

Rujukan:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_kata-kata_pinjaman_bahasa_Melayu
http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.my/2011/02/pengaruh-bahasa-sanskrit-dalam-bahasa.html

About Poeta 17 Articles
Seorang yang suka membaca puisi dan berangan.