Pesta Buku: Tip Penting ke Pesta Buku!

2017-04-27 Laila Nufa 0






Assalamualaikum semua. Semoga sihat sejahtera selalu! (Nampak tak kegembiraannya?) Okey, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur  (PBAKL) yang akan berlangsung bermula esok, 28 April sehingga 7 Mei 2017, kami di TABULAKATA.COM ingin mengucapkan selamat berpesta buku! Pasti ramai dalam kalangan pembaca yang biasa ke PBAKL. Namun tidak kurang juga pengunjung [baca lagi]

Tiada Perkataan Susah dalam Kamus Hidup Emila Yusof!

2017-04-10 Laila Nufa 0






Merenung karakter gadis comel berbaju kurung dan bertocang dua ini membuatkan kita terfikir, comelnya karakter ini setanding dengan karakter-karakter terkenal seperti watak kartun Pippi Longstocking, Gruffalo, Peter Rabbit, Dora, Miffy, Matilda, Eloise, Alice dan banyak lagi. Dengan pelbagai cerita mengiringinya, watak gadis bertocang bernama Dina ini boleh diangkat dalam bentuk siri kartun [baca lagi]

15 Koleksi Buku Cantik: Bukan Sekadar Hiasan Rak

2017-03-25 Laila Nufa 0






Memiliki buku-buku berbentuk ‘koleksi’ merupakan satu kepuasan kepada pencinta buku.  Selain menunjukkan minat yang mendalam terhadap penulis buku tersebut, pemilikan koleksi buku juga menunjukkan keseriusan pemiliknya menyimpan buku mengikut topik yang dikumpulkan. Koleksi buku ini juga untuk dijadikan rujukan yang paling mudah. Buku berbentuk koleksi biasanya bersiri atau berjilid. Bentuk buku yang sama saiz, [baca lagi]

Kata-kata dan Kita

2017-03-20 Laila Nufa 0






Kuasa kata. Pernahkah kita dengar tentang kata-kata dan kuasanya? Seorang ibu diminta menjaga kata-katanya terhadap anak-anak kerana kata-kata ibu dikatakan ‘masin mulut’ dan ‘doa’ kepada anak-anaknya. Begitulah pernah diriwayatkan dalam Quran dan juga hadis tentang doa dan kata-kata ibu yang dikatakan mustajab kerana kedudukan ibu itu sendiri begitu mulia dalam [baca lagi]

A. Samad Said: Petikan Karya

2017-03-18 Laila Nufa 0






Rumah tangga bukan macam pelabuhan tempat kausinggah-singgah selalu itu. Rumah tangga tempat kau menetap, tempat bertenang, tempat berfikir panjang dan tempat kau bertanggungjawab. ~Salina, 1961. Post Views: 62

Keris Mas: Tentang Masyarakat

2017-03-17 Laila Nufa 0






Memang, mak. Cakap orang dulu, faham orang dulu, fikiran orang dulu semuanya tidak serupa dengan orang sekarang. Dulu ayah mahu Man jadi doktor supaya dapat hidup senang dan terhormat. Tapi sekarang, Man tidak terfikir hendak menjadikan anak Man – kalau ada kelak – menjadi doktor supaya senang. Melainkan, Man hendak [baca lagi]

Penulis Perlu Cari Diri Sendiri Sebelum Berkarya – Sri Rahayu

2017-03-16 Laila Nufa 2






Sri Rahayu merupakan nama besar dalam ranah penulisan novel di Malaysia. Selain terkenal kerana memenangi setiap sayembara dan pertandingan menulis novel yang disertai sejak tahun 2000 sehingga kini, Sri Rahayu juga diletakkan sebaris dengan pengarang-pengarang besar di Malaysia apabila dilihat cukup konsisten dalam berkarya dan menggunakan pendekatan ‘berhati-hati’ serta membuat [baca lagi]

Pesta Dapur: Wanita, Raikan Duniamu!

2017-03-14 Laila Nufa 0






Sabtu lepas sempat menyinggah (sebenarnya berlama-lama) di Markas Kota Damansara bagi meraikan program Pesta Dapur yang dikelolakan oleh pemilik Markas, Fazleena Hishamuddin dan timnya sempena Hari Wanita Sedunia 2017. Memasuki ruang Markas yang berkonsepkan ‘black box’ ini membuatkan kita berbangga – anak-anak muda ini punya cara tersendiri mengekspresikan jiwa seni [baca lagi]

A. Samad Said: Petikan Karya

2017-03-13 Laila Nufa 0






Menyusun fakta memang mudah. Boleh dilakukan sesiapa sahaja. Tetapi menghidangkannya secara berseni dan memungkinkan ditarik sesuatu kesimpulan daripada tafsiran-tafsiran tertentu memerlukan kewajaran dan kecerdasan berfikir seseorang. ~ Hujan Pagi, A. Samad Said. Post Views: 316