A. Samad Said: Petikan Karya

2017-03-18 Laila Nufa 0






Rumah tangga bukan macam pelabuhan tempat kausinggah-singgah selalu itu. Rumah tangga tempat kau menetap, tempat bertenang, tempat berfikir panjang dan tempat kau bertanggungjawab. ~Salina, 1961. Post Views: 49

Keris Mas: Tentang Masyarakat

2017-03-17 Laila Nufa 0






Memang, mak. Cakap orang dulu, faham orang dulu, fikiran orang dulu semuanya tidak serupa dengan orang sekarang. Dulu ayah mahu Man jadi doktor supaya dapat hidup senang dan terhormat. Tapi sekarang, Man tidak terfikir hendak menjadikan anak Man – kalau ada kelak – menjadi doktor supaya senang. Melainkan, Man hendak [baca lagi]

A. Samad Said: Petikan Karya

2017-03-13 Laila Nufa 0






Menyusun fakta memang mudah. Boleh dilakukan sesiapa sahaja. Tetapi menghidangkannya secara berseni dan memungkinkan ditarik sesuatu kesimpulan daripada tafsiran-tafsiran tertentu memerlukan kewajaran dan kecerdasan berfikir seseorang. ~ Hujan Pagi, A. Samad Said. Post Views: 308

Noordin Hassan: Tentang Bangsa

2017-03-09 Laila Nufa 0






Sejarah telah menunjukkan, ada bangsa yang hapus terus di muka bumi ini … kerana bangsa itu tidak ada ketahanan yang kukuh atau telah rosak jiwanya. ~ Anak Tanjung, 1989. *Sumber gambar DBP. Post Views: 21

Nisah Haron: Cipta watak wanita yang kukuh

2017-03-08 Poeta 0






“Dalam penulisan kreatif juga, pengarangnya harus mengubah kaedah daripada menulis kisah wanita yang berhiba-hiba dan tak habis-habis menyalahkan takdir kepada wanita yang bukan setakat tabah, tetapi tidak pernah melihat sebagai takdir itu tertulis di atas batu; wanita yang bertindak untuk mengubah nasibnya. Saidatina Khadijah juga tidak mungkin menjadi seperti dirinya, [baca lagi]

Usman Awang: Tentang Kematian

2017-03-05 Poeta 0






“Hari demi hari gugur dalam kemasakan waktu. Maut, kematian, kehancuran dan kemusnahan hati serta kasih sayang berserakan menjadi tulang-tulang sejarah yang kebanyakannya ditutup dengan kata-kata indah.” ~ Dato’ Usman Awang, Tulang-tulang Berserakan, 1966. Post Views: 62