Noordin Hassan: Tentang Bangsa

2017-03-09 Laila Nufa 0






Sejarah telah menunjukkan, ada bangsa yang hapus terus di muka bumi ini … kerana bangsa itu tidak ada ketahanan yang kukuh atau telah rosak jiwanya. ~ Anak Tanjung, 1989. *Sumber gambar DBP. Post Views: 25

Kita Ini Wanita Istimewa

2017-03-08 Laila Nufa 0






Ketika dia menerima bungkusan berbentuk buku-buku yang saya pinjamkan dan sebahagiannya saya hadiahkan kepadanya, dia terus menelefon saya. “Terima kasih atas keprihatinan saudari. Saya amat hargainya. Dan nota kecil ini, ada lukisan bunga teratai, amat mengharukan saya. Kenapa bunga teratai?” Dalam sekian peristiwa yang mengharukan antara saya dengan sahabat-sahabat wanita [baca lagi]

Nisah Haron: Cipta watak wanita yang kukuh

2017-03-08 Poeta 0






“Dalam penulisan kreatif juga, pengarangnya harus mengubah kaedah daripada menulis kisah wanita yang berhiba-hiba dan tak habis-habis menyalahkan takdir kepada wanita yang bukan setakat tabah, tetapi tidak pernah melihat sebagai takdir itu tertulis di atas batu; wanita yang bertindak untuk mengubah nasibnya. Saidatina Khadijah juga tidak mungkin menjadi seperti dirinya, [baca lagi]

Tip Asas Penulisan yang WAJIB Dibaca.

2017-03-07 Laila Nufa 0






  Banyak tip menulis boleh diperoleh dengan mudah melalui carian dalam Internet. Google sahaja ‘tip menulis’, anda akan menemui maklumat yang dicari. Namun, tahukah anda, persediaan sebelum memulakan penulisan amat penting? Seperti memulakan perjalanan yang jauh dan panjang, apakah persediaan yang perlu diambil kira? Tentulah kita akan merancang mahu ke [baca lagi]

Pesta Dapur sempena Hari Wanita Sedunia 2017

2017-03-07 Laila Nufa 0






Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia (8 Mac 2017), Markas KD mempersembahkan sebuah program Pesta Dapur pada 11 Mac 2017 ini. Mengapa Pesta Dapur? Fazleena Hishamuddin mengatakan: Tema ‘meraikan dapur’ saya meletakkan peranan dapur lebih dari sekadar aktiviti memasak dan menyediakan makanan. Magis dapur memberi pengalaman yang tersendiri buat saya. Saya [baca lagi]

Bengkel Kamishibai Bersama Kak Maz

2017-03-06 Poeta 0






Bengkel Kamishibai & Storytelling bersama Kak Maz pada 9 April 2017. Aktiviti adalah termasuk sesi bercerita, aktiviti melipat origami dan bermacam lagi. Jika anda berminat menghantar anak anda menyertai aktiviti Bengkel Kamishibai Bersama Kak Maz, sila hubungi Lads & Lassies di 0355241190 / 010366895. Penyertaan diterhadkan kepada 20 peserta sahaja. Post Views: 293

Tip Menulis Buku Bergambar

2017-03-06 Poeta 0






Menulis buku bergambar tampak mudah namun sebenarnya ianya adalah tugasan yang paling susah. Jika teks sesebuah novel boleh mempunyai lebih dari 10,000 perkataan tetapi teks buku bergambar mungkin hanya mempunyai 100 patah perkataan sahaja (atau maksimum 1000 patah perkataan). Perkataan yang digunakan mesti dipilih dan disusun dengan rapi. Jika anda [baca lagi]

Keindahan budaya Indonesia di dalam Timun Emas karya Evi Shelvia

2017-03-06 Poeta 0






Pertama kali melihat kulit buku Timun Emas karya Evi Shelvia, saya berasa teruja. Butiran ilustrasinya begitu indah, lalu, saya jatuh cinta dan membawanya pulang. Mengikut dongeng asal Timun Emas, raksasanya dikenali sebagai Buto Ijo, raksasa seram berkulit hijau. Namun menurut Evi Shelvia, untuk buku ini beliau telah menukarkan Buto Ijo kepada [baca lagi]

Membaca Buku?

2017-03-06 Laila Nufa 0






“Dunia ini indah dengan adanya buku.” Demikian saya pernah berkata begitu kepada seorang rakan yang tidak gemar membaca. Dia mencebik sambil meneruskan tumpuannya kepada gajet di tangan. “Sebab engkau kerja menulis, sebab itu suka buku. Ada orang kerjanya tak perlukan buku dan bacaan.” Dia mengeluarkan pendapat. Saya tidak setuju tetapi [baca lagi]

Usman Awang: Tentang Kematian

2017-03-05 Poeta 0






“Hari demi hari gugur dalam kemasakan waktu. Maut, kematian, kehancuran dan kemusnahan hati serta kasih sayang berserakan menjadi tulang-tulang sejarah yang kebanyakannya ditutup dengan kata-kata indah.” ~ Dato’ Usman Awang, Tulang-tulang Berserakan, 1966. Post Views: 105

Rahimidin Zahari: Perihal Wayang Kulit dan Kehidupan

2017-03-05 Poeta 0






“Semakin ditelusuri jauh ke dalam ruang dan relung tradisi bangsa sendiri, semakin terasa bahawa sangat banyak rahsia yang tersurat dan tersirat yang perlu ditekuni dan dipelajari. “- Rahimidin Zahari. Tiga tahun dahulu, saya bertemu beliau di pejabatnya yang penuh dengan buku untuk menghulurkan lukisan yang telah dibelinya. Lalu beliau menghulurkan [baca lagi]